Quantcast
Channel: PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT
Viewing all 149 articles
Browse latest View live

Apakah Itu Urticaria?

$
0
0

Baru-baru ini ada pesakit yang bertanyakan mengenai penyakit urticaria (gatal-gatal). Oleh itu disini saya sertakan maklumat mengenainya untuk makluman kita bersama. Jangan malu atau segan untuk mendapatkan rawatan kerana rawatan awal adalah yang terbaik. Jangan simpan penderitaan anda. Hubungi saya segera supaya saya dapat membantu anda dengan menggunakan rawatan homeopathy.




Apa itu Urtikaria (Gatal-gatal)?
Gatal-gatal adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit. Ianya akan kelihatan untuk beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Gatal-gatal merupakan sesuatu yang biasa dan berlaku kepada 15% hingga 20% daripada penduduk.

Pada kebanyakan orang, gatal-gatal akan pulih dalam tempoh beberapa hari sehingga beberapa minggu lamanya.

Adakalanya seseorang mungkin mengalami gatal-gatal untuk bertahun-tahun lamanya.

Bila urtikaria terjadi di sekeliling tisu-tisu longgar pada mata atau bibir, tisu tersebut mungkin bengkak secara keterlaluan. Walaupun nampak menakutkan, pembengkakan tersebut yang dipanggil angioedema akan lenyap dalam masa kurang daripada 24 jam.

Bagaimana gatal-gatal dihasilkan?

Gatal-gatal dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit.

Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli yang digelar histamin daripada sel mast yang terdapat di sepanjang saluran darah pada kulit.

Apakah sebab-sebab berlakunya urtikaria?

Sebab-sebab biasa boleh berlakunya urtikaria adalah jangkitan, makanan, ubat-ubatan dan agen-agen fizikal (contohnya kepanasan, berpeluh, senaman, pancaran cahaya, tekanan, kesejukan).

Adakalanya sebabnya tidak dapat dikenalpasti

Makanan biasa yang menyebabkan urtikaria termasuk kacang, telur, buah-buahan sitrus yang segar, tomato dan kerang-kerangan. Bahan tambahan makanan dan pengawet seperti tartrazin (pewarna kuning) juga mungkin mengakibatkannya.

Banyak jangkitan boleh menyebabkan urtikaria. Jangkitan viral pernafasan bahagian atas merupakan sebab yang utama, terutamanya bagi kanak-kanak. Beberapa jenis jangkitan kulat dan bakteria juga boleh menyebabkan gatal-gatal.

Ubat-ubatan yang biasanya menghasilkan urtikaria termasuklah antibiotik (contohnya penisilin, sulfonamida) perubatan untuk kesakitan (contohnya aspirin, kodeina) sedatif dan diuretik. Adalah mustahak untuk memahami bahawa sebarang ubat boleh menyebabkan gatal-gatal. Oleh itu ubat-ubatan yang boleh dibeli terus dari kaunter/kedai seperti vitamin, antasid, titisan mata dan telinga, laksatif adalah merupakan sesuatu yang berupaya mengakibatkan urtikaria. Adalah penting doktor anda diberitahu mengenai semua jenis ubat-ubatan yang anda ambil.

Rawatan (ALLOPATI)

Rawatan yang paling baik untuk gatal-gatal adalah untuk mengenalpasti sebab ianya berlaku dan seterusnya menyingkirkannya.

Semasa menyelidiki sebab-sebabnya, ubat anti-histamin diberi untuk tujuan pelegaan.

Ubat anti-histamin akan bertindak dengan paling berkesan sekiranya ianya diambil secara tetap untuk mengelakkan gatal-gatal daripada membentuk.

· Untuk menghindarkan kesan sampingan seperti rasa mengantuk, ubat anti-histamin bukan sedatif boleh didapati.

Tidak terdapat satu jenis ubat anti-histamin yang mujarab untuk setiap orang.
Oleh itu doktor anda mungkin perlu mencuba lebih daripada sejenis ubat anti-histamin bagi menentukan jenis yang paling sesuai untuk anda.

Penyediaan kortison oral mungkin juga dapat membawa kelegaan untuk kes-kes yang teruk. Namun ianya mesti diberi untuk tempoh masa jangka pendek dan bukannya untuk jangka panjang disebabkan oleh kesan-kesan sampingan yang wujud.

Ujian-ujian kulit biasanya tidak mendatangkan sebarang faedah.

UNTUK RAWATAN HOMEOPATHY Y,SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA. HARAP MAKLUM.


GOUT : PENYAKIT EKSKLUSIF LELAKI

$
0
0


GOUT adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit gout juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Penulis mendapatkan pandangan Pakar Perunding Rheumatik, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang mengenai penyakit yang digelar 'Disease of King' ini.

Bagaimana serangan gout berlaku?

l Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain.

l Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriceamia).

Jenis-jenis gout:

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; -asimptomatik (tiada simptom), -akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

interkritikal

l kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Tofus

Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Risiko

Jantina - lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.

Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

Obesiti - individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

Sesetengah penyakit - tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah)

Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.

Ubat tertentu - ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Genetik - kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

Umur - gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan?

Dapatkan rawatan doktor dengan segera apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Rawatan (Allopati)

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (NSAIDs) seperti endomethacin,diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru seperti celebrex dan arcoxia.

Individu yang kerap mengalami serangan gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Untuk pesakit darah tinggi yang juga mengalami gout, disarankan untuk mengambil ubat darah tinggi yang dipanggil Losartan yang juga berkebolehan untuk menurunkan paras asid urik. Sejenis ubat anti-kolesterol yang dipanggil Lipanthyl juga mempunyai fungsi yang sama.

Diet untuk pesakit gout:

buah ceri dan strawberi didapati mampu mengurangkan asid urik.

elakkan makanan tinggi purin iaitu yang berasal dari sumber protein

hadkan memakan daging kepada satu hidangan sehari

kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis dan hasil daging.

Makan secara sederhana:

asparagus, kacang lentil, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.

minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.

berhati-hati dengan ubat seperti aspirin, diuretik, vitamin C.

PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT ADA RAWATAN UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI GOUT. HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN.

AWAS! JANGAN REMEHKAN MASALAH RESDUNG ANDA!

$
0
0
Resdung (sinusitis) adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung anda sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan anda.


Apakah Sinus?

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang
muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman
bakteria akan membiak dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Boleh Membawa Maut

Ramai beranggapan rawatan penyakit resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?

Penyakit resdung sememangnya tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal
telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa Yang Berisiko?

Mereka yang :

* Alah kepada habuk, debu dan asap
* Elergi kepada makanan laut, pisang dll
* Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
* Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Komplikasi

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada
kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi
buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.


Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam
otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan
neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40%.

Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami
sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit
kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
-
Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran

Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Dada
-
Batuk
-
Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
-
Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Peringkat Rawatan (allopati)

* Peringkat 1 : Memakan ubat-ubat yang diberi oleh doktor biasa
* Peringkat 2 : Meletakkan ubat pada bahagian dalam badan oleh pakar
* Peringkat 3 : Pembedahan pada bahagian-bahagian berkenaan oleh pakar

HUBUNGI KAMI UNTUK KAEDAH RAWATAN YANG SELAMAT, TIDAK MENYAKITKAN, EFEKTIF & SEMULAJADI.


KRIM SERBAGUNA BERKAT

$
0
0


KRIM SERBAGUNA BERKAT
HARGA : RM10.00. (TIDAK TERMASUK HARGA POS)



Dirumus khas untuk pelbagai masalah kulit dan luka. Digunakan untuk menghentikan pendarahan,lebam,parut,gatal, jerawat , melecur, digigit serangga,ruam lampin dan lain-lain. Untuk sapuan luaran sahaja. Sapukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

CARA PENGGUNAAN : Basuh dahulu luka tersebut dan sapukan krim serbaguna dengan segera dan kerap. kalau melecur pula, segera sapukan krim ini dan kawasan yang melecur tadi tidak akan meninggalkan parut & tidak menggelembung.

SELAMAT HARI RAYA!

$
0
0

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA UMAT ISLAM SELURUHNYA . SEMOGA AIDILFITRI YANG TIBA MERUPAKAN KEMENANGAN YANG SEBENAR BUAT KITA. BERAYALAH DENGAN SEDERHANA. KEPADA PESAKIT-PESAKIT PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT, SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, KEMAAFAN DIPOHON SEANDAINYA ADA TERKASAR BAHASA SEMASA MELAYAN ANDA DAN SEBAGAINYA. JANGAN LUPA MAKAN UBAT MENGIKUT WAKTU YANG DITETAPKAN DAN JAGA PEMAKANAN SEMASA HARI RAYA INI.

untuk makluman..

$
0
0
assalamualaikum, untuk sebarang pertanyaan anda boleh WE CHAT / WHATSAPP/SMS ke nombor ini : 018-463 4871 kerana saya jarang buka email. Terima Kasih.

sijil keahlian & sijil amalan tahunan 2014 dah dapat!

$
0
0
Alhamdulillah dah dapat SIJIL KEAHLIAN DAN SIJIL AMALAN TAHUNAN untuk saya terus memberikan khidmat kepada anda :)  

PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT SENTIASA CUBA MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT ANDA DAN KELUARGA


SIJIL KEAHLIAN 


SIJIL AMALAN TAHUNAN


Article 4

$
0
0

Assalamualaikum semua. Perhatian ya, untuk mendapatkan rawatan homeopathy daripada saya, sila :

CALL, WHATSAPP,SMS
PM FACEBOOK 


FACEBOOK : Siti Hamizah Ramly

HP: 018-463 4871

Jangan E-MAIL sebab saya JARANG BUKA 

Saya minta maaf sekiranya e-mail tuan puan, adik kakak selama ini saya tak reply ya. 





Article 3

$
0
0

Untuk anda yang ingin dapatkan perkhidmatan homeopathy daripada saya, 

yang jauh dan di luar kawasan Alor Setar, jangan risau,

kerana saya boleh poskan untuk anda. 



cara-caranya: 

1) Anda perlu BANK IN/TRANSFER bayaran yang saya telah nyatakan kepada anda

2) Sila SMS/WHATSAPP/PM kepada saya:

NAMA PENUH DAN NO.IC (untuk rekod)
NO.MYKID (sekiranya untuk anak)

ALAMAT

NO.TEL

BUKTI BAYARAN (SLIP TRANSAKSI)
(anda boleh scan atau mms gambar slip tersebut dan hantar ke 018-4634871)

3) Saya akan maklumkan kepada anda NO.TRACKING POS LAJU sebaik sahaja pengeposan dibuat


Untuk Makluman Semua



Sekiranya bayaran dibuat sebelum pukul 3,parcel anda akan diposkan pada hari yang sama. Sebaliknya jika selepas pukul 3, parcel akan diposkan keesokkan harinya. Terima Kasih. 


Bagaimana Serat Dan Air Membantu Kesihatan Anda?

$
0
0
PERUT adalah sarang penyakit dan banyak makan adalah punca segala penyakit. Ini yang dipesan Nabi Muhammad SAW supaya umatnya mengamalkan kesederhanaan hidup, terutama dalam bab makan minum. Malah dalam hadis lain, Rasulullah berpesan yang bermaksud, "Berpuasalah. Nescaya kamu akan sihat."
Namun dalam masyarakat kita pula berbeza senarionya kerana kita sering menerima 'nasihat' supaya makan selagi ada selera.
Akibat mengikut selera, muncul pelbagai penyakit kronik yang dikategorikan sebagai penyakit gaya hidup seperti obesiti, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dan kencing manis. Setara dengan namanya, rawatan penyakit kronik payah dan mahal.
Penyakit gaya hidup adalah penyakit global yang membabitkan semua peringkat umur dan kanak-kanak, termasuk di negara membangun seperti Malaysia, akibat kemakmuran ekonomi dan kurang pengetahuan mengenai ilmu pemakanan.
Di Malaysia, perkara ini lebih sukar ditangani kerana kita mempunyai budaya menjamu dan setiap acara mesti diserikan dengan makanan.
Seorang pakar perubatan dalam satu seminar pernah berkata, ayat pelawaan 'tambahlah lagi' yang sering digunakan orang kita perlu diubah kepada 'janganlah makan banyak-banyak' atau 'berhenti makan kalau sudah kenyang'.
Saranan ini mungkin kedengaran tidak sopan dan menimbulkan pelbagai persepsi, terutama jika diucapkan tuan rumah, kerana akan dianggap kedekut dan tidak ikhlas menjamu tetamu.
Bagaimanapun, jika difikirkan balik, ia sebenarnya saranan baik (kerana Rasulullah berhenti makan sebelum kenyang) tetapi mungkin sukar dilakukan.
Tabiat makan banyak boleh 'berjangkit' dari hari ke hari. Tubuh manusia unik dan boleh mengadaptasi dengan pertambahan kuantiti makanan yang diambil.
Masalah hanya timbul apabila organ yang boleh diumpamakan sebagai kilang memproses dalam badan kita tidak mampu menerima beban kerja yang banyak.
Selain kuantiti, kita perlu memberi perhatian kepada jenis makanan yang diambil kerana pemakanan sihat bukan saja boleh menyelamatkan nyawa tetapi menjadi perangsang kepada badan untuk melawan penyakit, termasuk kanser, kata Perunding Perubatan Holistik, Dr Lim Hua An.

Katanya, penyakit adalah hasil sampingan kepada pemakanan tidak seimbang, pencemaran alam sekitar dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan kurang bersenam.
Antara kesan fizikal yang boleh dilihat daripada gabungan semua faktor ini ialah pertambahan ukuran pinggang.
Sentiasa pastikan ukuran pinggang dalam julat 'sihat' iaitu tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) bagi wanita dan antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci) bagi lelaki. Namun diakui, dalam soal ini wanita biasanya lebih peka dan resah jika ukuran pinggang bertambah.
Apabila pinggang mula lebar, bermakna banyak lemak terkumpul di situ. Andainya ia lemak subkutenaus (yang disimpan di bawah kulit) tidak mengapa, tetapi yang dikhuatiri ialah jika lemak berkumpul pada organ (dipanggil lemak viseral), terutama pada lelaki, kerana boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi serta strok.

Bagaimana makanan boleh menjadi ubat?
Dr Lim berkata, makanan boleh menjadi ubat jika kita tanya dua soalan kepada diri sendiri setiap kali ketika membuat pilihan iaitu apakah makanan yang boleh mengelakkan penyakit dan makanan mana pula boleh mengakibatkan masalah kesihatan.
Memang benar, tiada makanan boleh dianggap 'baik' atau 'tidak baik' selagi diambil secara sederhana. Namun, dengan gaya hidup kita hari ini yang banyak makan dan kurang bersenam, makanan yang baik boleh bertukar menjadi berbahaya jika diambil setiap hari.
Namun, perkara paling asas ialah memastikan badan boleh menyerap khasiat daripada semua makanan yang diambil. Perkara ini hanya boleh dicapai jika sel dalam badan, terutama di usus, sihat dan dapat berfungsi dengan baik kerana di sini penyerapan khasiat berlaku. Untuk membolehkan usus berfungsi dengan baik, kita memerlukan serat dan air.
"Kita lebih banyak menumpukan terhadap isu terlebih makan, tetapi kekurangan sumber makanan tertentu juga boleh mendatangkan masalah kesihatan, contohnya serat. Tidak ramai mengambil serat secukupnya (iaitu antara 30 hingga 35 gram sehari). Kekurangan serat menyebabkan masalah dalam usus seperti keradangan dinding usus, ulser, sembelit dan kanser.
"Kira-kira 50 peratus individu berumur 65 tahun ke atas mengalami masalah divertikulosis iaitu pembentukan kantung kecil pada dinding usus kecil disebabkan perubahan pada tabiat usus. Ia menimbulkan ketidakselesaan perut dan menjejaskan penyerapan khasiat makanan.
"Keadaan ini menyebabkan warga tua lebih mudah mengalami masalah tidak cukup zat kerana secara umumnya selera makan berkurang apabila umur meningkat," katanya pada forum kesihatan anjuran majalah HealthToday.
Serat boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu yang larut dan tidak larut air. Serat tidak larut seperti selulos boleh menyerap air 10 hingga 15 kali saiz asalnya. Ia menambah kuantiti najis dan menjadikannya lembut supaya mudah dikeluarkan dari badan. Bersamanya, ia membawa bahan toksik.
Serat larut air seperti yang terkandung dalam oat dan epal pula merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Secara semula jadi, badan menyingkir kolesterol dengan menghasilkan cecair hempedu yang diserap ke dalam serat.
Maknanya, lebih banyak serat diambil, lebih banyak kolesterol dibuang dari badan. Serat larut air juga menstabilkan paras gula dengan memperlahankan penyerapan gula ringkas daripada makanan, khususnya selepas makan.
Sumber serat paling utama ialah buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin. Untuk mendapat 30 hingga 35 gram serat sehari, kita digalakkan makan sekurang-kurangnya sembilan hidangan sayur dan buah serta dua hidangan kekacang. Manakala bagi tujuan menghindarkan kanser usus, Dr Lim menyarankan supaya pengambilan serat ditingkatkan kepada 40 hingga 50 gram sehari.
"Selain darah, air bertindak sebagai pelarut yang membawa oksigen ke sel. Secara purata kita hilang kira-kira tiga liter air sehari melalui aktiviti harian, tidak termasuk senaman. Tiga liter yang hilang perlu diganti semula dan jika kita bersenam, maknanya kita perlukan lebih banyak air.
"Kita perlu minum kira-kira lima liter air sehari bagi membersihkan badan atau detoksifikasi. Usah bimbang berlaku masalah kembung kerana buah pinggang yang sihat boleh menyingkir kira-kira 900 mililiter air dalam sejam.
"Dalam proses ini semua bahan toksik dalam badan dibuang secara perlahan-lahan. Kekurangan air pula boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Jika anda makan banyak serat, anda perlu minum banyak air supaya proses perkumuhan lebih lancar," katanya.
Antara petua lain untuk mengekalkan kesihatan dan mengelak penyakit ialah melebihkan pengambilan sumber makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan mengurangkan makanan daripada sumber haiwan.
Nisbah yang disarankan ialah 85 peratus makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan (terutama berwarna hijau) dan 15 peratus daripada sumber haiwan. Ini kerana sumber makanan berwarna hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali.
Secara semula jadi badan kita bersifat lebih alkali dan memerlukan makanan dengan sifat sama untuk kekal sihat. Sebaliknya makanan bersifat asid, terutama daripada makanan berasaskan haiwan, dikatakan boleh meningkatkan perkembangan sel kanser yang dipercayai ada dalam badan semua orang.
Keadaan beralkali meningkatkan kesihatan sel dan merangsang tindakan saraf. Sebaliknya, sel menjadi 'sakit' dan tindakan saraf terencat apabila persekitaran badan menjadi berasid. Apabila darah menjadi lebih berasid ia menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti cepat letih, mudah diserang selesema dan sakit kepala, dada serta perut.
Enzim dalam tumbuh-tumbuhan sangat penting untuk mencegah kita daripada kanser. Sel kanser diliputi protein dan enzim daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai perangsang yang membantu memecahkan protein ini. Oleh kerana sel kanser adalah sel yang tidak normal, sel darah putih yang berfungsi sebagai satu barisan pertahanan dalam sistem imun akan memusnahkan sel kanser.
Enzim penting ini (tripsin dan kimotripsin) hanya diperoleh daripada makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan daging. Memasak pada suhu tinggi memusnahkan enzim ini dan menyebabkan makanan lebih sukar dihadam.
Selain itu, makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ia tiada dalam makanan berasaskan haiwan kerana haiwan juga mendapatkannya daripada tumbuh-tumbuhan.
Mengapa perlu mengurangkan makanan berasaskan haiwan?
"Daging dan makanan laut mengandungi banyak lemak tepu (yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk berkumpul pada bahagian pinggang dan menjadi lemak viseral), kolesterol, logam berat, parasit, virus atau bakteria.
"Bagaimanapun ini bukan bermakna makanan berasaskan haiwan tidak selamat, tetapi ambil secara bersederhana. Pastikan makanan ini betul-betul masak untuk mengelak jangkitan parasit kerana ada orang suka makan daging separa atau tiga suku masak.
"Parasit 'merebak' melalui daging mentah dan jangkitan ini bersifat kekal. Bermakna sekali anda mendapat jangkitan, sukar menyingkir parasit daripada badan. Jangkitan paling lazim membabitkan parasit dipanggil Toxoplasmo gandii (daripada keluarga kucing dan babi) yang menyebabkan lebih satu bilion kes dilaporkan di seluruh dunia," katanya.
Terlalu banyak makanan berasaskan haiwan dan kurang daripada sumber tumbuh-tumbuhan juga antara faktor utama masalah sembelit. Jangan fikir sembelit adalah masalah kecil kerana tanpa anda sedari ia boleh menjadi antara perangsang risiko kanser terutama kanser usus.
Walaupun tiada bukti kukuh, pakar perubatan seluruh dunia menyarankan kita melebihkan pengambilan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan sebagai pembekal serat bagi mengurangkan risiko mendapat kanser.
Seperti diterangkan di atas, serat bukan saja menambah kuantiti najis tetapi mempercepatkan proses pengeluaran bahan kumuh daripada usus dan membuatkan kita lebih selesa.
Lebih 40 peratus kanser boleh dielak melalui pengambilan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Insiden kanser payu dara dan usus lebih tinggi di negara yang penduduknya makan lebih banyak daging. Peningkatan kes kanser ini di negara kita juga mungkin berpunca daripada perubahan pemakanan masyarakat yang dipengaruhi gaya pemakanan Barat.
Selain itu, lakukan beberapa perubahan tabiat pemakanan yang terbukti berkesan mengawal penyakit seperti kanser, sakit jantung, masalah kolesterol tinggi, artritis, kencing manis, tekanan darah tinggi, anemia, keletihan melampau, masalah penghadaman dan Aids.
Pada masa sama, kurangkan pengambilan gula yang menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ia bukan saja dapat mengawal penyakit kencing manis, malah dapat mengurangkan kesan negatif kanser.
"Bukan makanan saja yang menjadi penentu kesihatan kerana ia turut dipengaruhi faktor psikologi dan persekitaran. Sentiasa berfikiran positif, percaya kepada Tuhan dan amalan pemakanan seimbang boleh menghasilkan sel sihat tanpa disedari," katanya.

AWAS! Bahaya Makanan Ringan!

$
0
0


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera  yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda. Malah, Dr Chua menyifatkan makanan segera lebih berbahaya daripada rokok dan minuman keras kerana ada kes pengambilan makanan bermula sejak bayi lagi.

“Pengambilan makanan segera sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan kita lemah dari awal lagi kerana kita sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita.”

“Tidak keterlaluan jika kita letakkan tahap bahaya makanan segera sama taraf atau lebih tinggi lagi berbanding rokok atau minuman keras,”
Dr Chua berkata, pengambilan makanan segera sejak usia bayi dikenal pasti penyumbang utama peningkatan mendadak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Dua puluh tahun lalu, hanya enam peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu (kencing manis), tetapi kini sudah meningkat kepada sembilan peratus dan jika amalan mengambil makanan segera berterusan, tidak mustahil jumlah pesakit akan meningkat 12 hingga 13 peratus pada 2020 nanti,” katanya.
Kenali apa itu makanan ringan?
Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya (Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di dietition.com).
Malahan ia sebenarnya mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang. Ini dibuktikan dengan penggunaan mononatrium glutamate, gula, garam, bahan pewarna dan pengawet yang tinggi, yang bertujuan mengekalkan kesedapan dan kesegaran. Namun, segala bahan ini dikenalpasti sebagai agen utama kepada masalah kesihatan, seperti kanser, kerosakan gigi, obesiti (kegemukan) dan jantung berlubang. Misalnya, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas kanak-kanak sekolah menunjukkan 89% daripada mereka mengalami kerosakan gigi, 60% diserang penyakit gusi dan 20% lagi berada di tahap serius dan memerlukan rawatan doktor gigi

Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah"(Surah Al-Baqarah ayat 172)
Nabi Muhammad bersabda: "Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..."; (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)





Pelbagai Makanan Ringan

Kek dan kuih-muih mengandungi kadar gula yang tinggi dan kadar vitamin serta zat-zat logam yang amat rendah.

Minuman jenis cola juga mengandungi lebihan gula dan kadangkala ia dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Ais krim pula mengandungi banyak gula dan lemak.

Minuman jus buah-buahan yang dijual di dalam botol kebanyakannya tidak mengandungi jus buah-buahan asli, sebaliknya mengandungi banyak gula, air, bahan pewarna dan perisa tiruan. Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi yang memudaratkan (The Smart Food, Junk Food, The Learning Network Inc, 2001, factmonster.com/ipka/A0768674.html)



Makanan Ringan Dan Darah Tinggi

Makanan ringan amat berbahaya kepada kesihatan apatah lagi apabila ia diambil selalu. Pengkaji-pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang melibatkan 200 pelajar sekolah dan mendapati lapan daripada sepuluh pelajar-pelajar itu mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan. Ujian makmal menunjukkan, satu pertiga daripada mereka mengandungi kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi.
Kajian ini jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam makanan ringan akhirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang sudah meningkat (CBC4Kids Daily News Story, The Dangers of a Junk Food Diet, March 16 2000, cbc4kids.ca/general/whatsnew/daily-top-stories).

Makanan Ringan Dan Asma

Di dalam kajian yang lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak. Kajian ini yang melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka yang kurang mengambil sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini. Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun (Junk Food Linked to Child Asthma, Richard T. Herrick (MD), Titan Support Systems Inc, USA, 1998, titansupport.com/people/medical/childasthma).

Makanan Ringan Dan Sakit Jantung

Makanan ringan berbahaya kepada jantung. CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan} ringan meningkatkan risiko remaja menghidap sakit jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini. Penemuan ini dibentangkan di dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim, California (CNN.com.health, Study: Junk Food Raises Teens' Risk Of Heart Disease, Elizabeth Cohen, March 14, 2000, .cnn.com/2000/HEALTH/03/14/teen.arteries/

Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak

Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Hal ini disebabkan, otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.
Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia (Junk Food Impairs Brain: Study, Steven de Sousa, Feb. 26 2001, University of Toronto, newsandevents.utoronto).

Makanan Ringan Dan Buta

Mereka yang banyak mengambil makanan ringan yang tinggi kadar lemaknya, menghadapi risiko yang tinggi menjadi buta apabila berumur dalam lingkungan 55 tahun. Penyakit ini yang dikenali sebagai macular degeneration sering menyerang perokok-perokok namun sekarang ia juga menyerang peminat-peminat makanan ringan.

Penemuan ini yang dimuatkan di dalam Archives of Ophthalmology, dilaporkan oleh pakar-pakar sains dari Massachusetts Eye And Ear Infirmary di Amerika, selepas melakukan kajian ke atas 349 orang pesakit yang berumur di antara 55 hingga 80 tahun. Semua ini mengesahkan tentang bahaya makanan ringan yang popular di kalangan masyarakat moden pada hari, justeru pengambilannya perlu dikawal sebelum kemudaratan yang lebih teruk menimpa ke atas diri kita (ABCNEWS.com, Blinded by Junk Food? Study: Snacks May Be Bad For Vision, Aug. 15 2001,
abcnews.go.com/sections/GMA/GoodMorningAmerica).

Tambahan daripada itu, kajian oleh para saintis dari Universiti Oxford, England, mendapati pengambilan makanan ringan juga meningkatkan peratus keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini begitu ketara dalam masa 50 tahun ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan khasiat-khasiat tertentu, terutamanya omega-3, jika seseorang banyak mengambil makanan ringan. Omega-3 membantu di sudut pengawalan emosi seseorang.

Untuk renungan

Kesimpulannya;
Setiap hari iklan TV memaparkan iklan makanan & minuman segera yang berjaya menarik hati kanak-kanak. Sehingggakan kanak-kanak lebih mengenal KFC, McDonald, Pizza, BurgerKing , Coca-Cola, FN. Makanan & minuman ini mengandungi perasa, pengawet dan pewarna yang bila diambil setiap hari, setiap bulan setiap tahun akan akibatkan penyakit orang kaya seperti darah tinggi, diabetes, kanser, sakit jantung sehingga keluarlah istilah “mati segera” kepada peminat makanan & minuman segera.

Makanan ringan seumpama racun yang begitu mudah diperolehi dengan harga yang murah. Ianya begitu terdedah kepada kanak-kanak sekarang. Apatah lagi pengaruh daripada iklan di kaca TV yang sentiasa menggamit kanak-kanak untuk mengambilnya. Tanpa bimbingan daripada ibubapa, pemberian makanan ringan kepada anak-anak di rumah seumpama kita memberikan racun kepada mereka tanpa kita sedari.

Kita hanya menyedari bahawa itu adalah racun apabila anak-anak kita jatuh sakit dan menderitai penyakitnya untuk jangkamasa yang lama. Sewaktu itu barulah kita menyesali kealpaan kita selama ini.

Marilah kita jauhi anak-anak kita daripada mengenali makanan ringan yang begitu banyak terjual di pasaran. Jauhilah anak-anak kita dari racun berpenyakit ini demi masa depan mereka.


Pentingnya AIR Kepada Kita

$
0
0



UMMMPHHH sedapnya kalau dapat minum air sirap tengah-tengah panas macam ni ye? hehe.. tengok,baby pun layan je minum air. Tapi ingat ye,air yang paling bagus adalah air kosong. Iye, air yang tidak ditambah dengan apa-apa pemanis atau perasa tiruan. Air kosong inilah yang memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada kita tau,bukan air berperisa tu!

Alaaa tak sedap la minum air kosong je. Rasa kosong je hidup ni . Amboih! haha melampau sangat kan. Yang sedap tak semestinya Baik, Yang Baik tak semestinya sedap. Eh dah macam iklan pulak ye? :P

Haa meh sini nak habaq mai kata orang kedah, apa yang BEST pasal air kosong ni ? Jeng jeng jeng ....

BUKAN senario pelik apabila individu rasa mengantuk selepas makan, otak kurang cerdas, kurang daya ingatan, sukar mengira, sakit belakang atau kurang tumpuan ketika membaca.
Lebih parah, banyak lagi penyakit lain datang menerpa seperti batu karang dan kerosakan organ buah pinggang. Punca utama disebabkan kurang minum air masak atau air putih.
Pengambilan air mencukupi mampu memberikan kesan optimum kepada kesihatan. Ramai yang tahu, tetapi tidak ambil kisah walaupun bukan susah atau memerlukan kos tinggi meneguk air itu.
Justeru, individu digalakkan minum air masak secukupnya untuk menjamin kesihatan tubuh.
Antara saranan asas pakar perubatan dan pemakanan ialah minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter air sehari untuk mengekal serta meningkatkan kesihatan.
Kurang dapat penyakit
Umumnya, badan mengandungi 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.
Air penting melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut darah ke buah pinggang.
Justeru, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras menapis bahan toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.
Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.
Pesona wajah
Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan.
Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.
Dalam dunia kecantikan, air juga memberikan sumbangan begitu besar dalam menjaga pesona wajah seseorang.
Paling ketara ialah minum air untuk kecantikan dan ia pasti memberikan kesan nyata.
Bahkan, anda tidak perlu mengubah penampilan atau berusaha mengubahnya, sebaliknya hal lebih penting adalah menjaga kecantikan iaitu dengan minum air mencukupi.
Minum air setiap hari juga memberikan manfaat pada kulit. Air membuat kulit terjaga kelembapannya dan kekenyalan.
Air putih mengandungi beberapa mineral alam dipercaya menjadi antioksidan yang memberikan kulit pertahanan supaya terhindar daripada pencemaran dan racun di sekitarnya.
Buang lemak
Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan pula, minum banyak air kosong antara jalan terbaik, selain membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.
Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan lapar pada tengah malam. Air tidak mengandungi kalori, jadi, isu pengumpulan tenaga berlebihan akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.
Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan anda terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak makan banyak.
Jika tidak biasa minum air masak dua liter sehari, cuba mulai dengan satu hingga dua gelas air pada hari pertama dan kedua.
Kemudian, jadikan tiga gelas pada hari ketiga. Anda mungkin mengalami sedikit kembung melalui beberapa hari pertama. Ini normal, tetapi kemudian mula biasa meminumnya.
Apabila meminum air putih menjadi rutin, toksin akan keluar dari tubuh.
Namun, jika anda penggemar teh, kopi, coklat panas dan minuman soda, kulit yang sebelum ini tampak kurang segar, perlahan-lahan menjadi lembap dan tidak kering lagi.
INFO
Waktu paling sesuai minum air
  • Minum dua gelas air masak - Selepas bangun tidur membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum segelas air masak - 30 minit sebelum makan. Membantu penghadaman dan perut lebih ruang untuk isi makanan.
  • Minum segelas air masak - Sebelum mandi. Membantu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah.
  • Minum segelas air masak - Sebelum tidur. Mengelakkan terkena strok/ ahmar atau serangan jantung ketika tidur.
Manfaat air


  • Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari kurangkan risiko kanser usus (45 peratus), kanser payu dara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).
  • Sumber air datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).
  • Punca utama keletihan pada waktu siang menyebabkan pernafasan jadi pendek, sakit perut, kebas dan risau.
  • Mengantuk selepas makan tengah hari, petanda badan kurang air. Diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan.
  • Air ada dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan menyebabkan mengantuk, letih dan kurang tumpuan.
  • Badan kehilangan air melalui:
    • Pernafasan (1 gelas air 14 peratus)
    • Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
    • Peluh ( 2 gelas air 34 peratus)
    • Najis (1/2 gelas air dua peratus)

Awas! BAHAYA PRODUK PELANGSING BADAN!!

Bahaya e-ROKOK!

$
0
0

Berhenti la merokok...Apa pun namanya, TETAP BAHAYAKAN kesihatan diri sendiri dan orang disekeliling anda





Syukur sangat :)

$
0
0

      Alhamdulillah malam ni dapat tolong ramai kawan2 faham pasal homeopathy. Ada juga yg minat terus dh booking utk kit kesihatan & minda anak-anak. Alhamdulillah seronok dapat bantu.

Terima Kasih kerana mempercayai Mizah & perkhidmatan Perubatan Homeopathy Berkat

Untuk kawan-kawan yg lain, kalau nak sembang,nak tau info lg berkenaan homeopathy ni, boleh roger mizah ye

whatsapp/sms:  018-4634871






Article 21

$
0
0


ANTARA YANG DITAWARKAN DI PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT



KIT KHAS UNTUK ANAK-ANAK (Yang berusia 6 Bulan ke atas) mengandungi remidi khas untuk :
 *DEMAM
  *BATUK
  *SELESEMA

( dalam bentuk pil kecil yang hanya perlu dihisap/dikemam sahaja
rasanya manis-manis buah)

Harga : RM60.00
Postage: RM10.00
FREE GIFT : Krim Serbaguna (saiz mini)


Jika beli Berasingan, 

sebotol berharga :RM25.00.

PERHATIAN: 

1) Untuk anak-anak yang berusia 6 Bulan ke bawah, ubat adalah dalam bentuk cecair     dan akan diberi sukatan dalam ML. Harga adalah sama seperti diatas.

2) Sila maklumkan kepada saya usia anak anda. (untuk saya maklumkan dos ubat           yang sesuai untuk anak anda)

3) Beri kerjasama dengan maklumkan tempoh demam/batuk/selesema anak.
    Sekiranya perlu,saya akan sarankan penggunaan ubat yang lain. Set yang
    disediakan ini adalah untuk merawat demam/batuk,selesema yang biasa sahaja.
    Sekiranya penyakit berlanjutan dan ada simtom yang lain,penggunaan ubat adalah 
    berbeza. Harap Maklum.













Kit Kesihatan Anak-anak

$
0
0

Photo: Kit khas untuk anak-anak.  Setiap pembelian kit ini layak dapat FREE GIFT! Iaitu :  KRIM SERBAGUNA (mini)  (untuk kegunaan luaran sahaja) - formula khas Perubatan Homeopathy Berkat  Fungsi: -Untuk gigitan serangga spt nyamuk -Untuk luka,lecur,menghentikan pendarahan( sapuan yg kerap tidak akan meninggalkan parut) -gatal,ruam lampin -membantutkan pertumbuhan jerawat -melembutkan kulit menggerutu/tumit kasar  **krim serbaguna mini hanya sbg free gift.  Untuk mendapatkan Krim Serbaguna saiz besar,boleh beli berasingan.  Hubungi: Siti Hamizah Ramly 018-4634871






Kit khas untuk anak-anak. (RM60)

Keterangan: set ini untuk demam/batuk/selesema yang biasa atau tidak berpanjangan, sekiranya demam,batuk,selesema anak adalah berlarutan,sila maklumkan kepada saya kerana anak anda perlukan rawatan dan remidi yang lebih khusus. Terima Kasih. 

(Boleh dibeli secara berasingan. Tidak perlu beli set.
 Jika dibeli berasingan, sebotol berharga RM25.00)

Setiap pembelian kit ini layak dapat FREE GIFT! Iaitu :

KRIM SERBAGUNA (mini) 
(untuk kegunaan luaran sahaja)
- formula khas Perubatan Homeopathy Berkat

Fungsi:
-Untuk gigitan serangga spt nyamuk,dll.
-Untuk luka,lecur,menghentikan pendarahan( sapuan yg kerap tidak akan meninggalkan parut)
-gatal,ruam lampin
-membantutkan pertumbuhan jerawat
-melembutkan kulit menggerutu/tumit kasar (perlu sapuan yang kerap)

**krim serbaguna mini hanya sbg free gift.

Untuk mendapatkan Krim Serbaguna saiz besar (RM15),boleh beli berasingan.

Hubungi:
018-4634871 (WHATSAPP/SMS)




















Pilihan Pengguna

$
0
0




Siap untuk diposkan ke Selangor. 

Terima Kasih atas kepercayaan & keyakinan Puan Z kepada Perubatan Homeopathy Berkat.


Puan Z memesan KIT KHAS untuk anak-anak dan BABY TONIC 

LAYAK mendapat FREE GIFT Krim Serbaguna dan FREE POSTAGE!

Berminat untuk Order? Hubungi saya segera:

Hamizah: 018-4634871 WHATSAPP / SMS


Photo: Siap untuk diposkan ke Selangor.  Terima Kasih  atas kepercayaan & keyakinan kepada Perubatan Homeopathy Berkat.


Kit khas untuk anak-anak. (RM60)

Keterangan: set ini untuk demam/batuk/selesema yang biasa atau tidak berpanjangan, sekiranya demam,batuk,selesema anak adalah berlarutan,sila maklumkan kepada saya kerana anak anda perlukan rawatan dan remidi yang lebih khusus. Terima Kasih. 

(Boleh dibeli secara berasingan. Tidak perlu beli set.
 Jika dibeli berasingan, sebotol berharga RM25.00)

Setiap pembelian kit ini layak dapat FREE GIFT! Iaitu :

KRIM SERBAGUNA (mini) 
(untuk kegunaan luaran sahaja)
- formula khas Perubatan Homeopathy Berkat

Fungsi:
-Untuk gigitan serangga spt nyamuk,dll.

-Untuk luka,lecur,menghentikan pendarahan( sapuan yg kerap tidak akan meninggalkan parut dan cepat menghentikan pendarahan)

-gatal,ruam lampin

-membantutkan pertumbuhan jerawat

-melembutkan kulit menggerutu/tumit kasar (perlu sapuan yang kerap)

**krim serbaguna mini hanya sbg free gift.

Untuk mendapatkan Krim Serbaguna saiz besar (RM15),boleh beli berasingan.



BABY TONIC
(RM35)

Berfungsi untuk:
 mengelakkan bayi dari meragam, senang diasuh dan ceria (kestabilan emosi)

menguatkan antibodi

mengurangkan sakit akibat pertumbuhan gigi





5P PENTING UNTUK SI IBU

$
0
0


5P UNTUK IBU HAMIL & WANITA YANG PENTINGKAN KESIHATAN

Harga: RM40.00


Apa itu 5P?
-sangat penting diambil semasa hamil. Boleh diambil seawal usia kehamilan 4 bulan sampai selepas bersalin. Kiranya boleh buat sebagai supliment tetap org pompuan 

Kelebihannya :

Menguatkan tulang baby
Membantu tumbesaran janin
Mengawal emosi ibu supaya lebih stabil
Membekalkan tenaga
Mengurangkan keletihan
Menguatkan minda
Mengurangkan alahan
Mengurangkan kejang kaki

Yang penting,100% homeopathy

Whatsapp/sms Mizah:
018-4634871

Segalanya berkenaan Homeopathy

$
0
0

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Homeopati.

Apakah Perubatan Homeopati?

Homeopati adalah suatu sistemperubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkanmelalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepadasistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupamenyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yang mampumenimbulkan gejala penyakit,mampu juga menyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebahmampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.

Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?

Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisationmembezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun,malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistemperubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?

Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikanmahupun sapuan kulit akanmenghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disampingmembuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkanmakan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utkmempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan danpenyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalammemilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?

Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidakmerbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis)menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.


Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.

Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan nama Penawar Tunggal (single remedy)bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau keperluan pesakit @ Pelanggan. Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan dibawah akta racun.

Info dari:
http://azbhomeopati.blogspot.com/


Kenapa Ubat-Ubat Homeopati Di makan Cara Gigit atau Kunyah ?

Kenapa Tidak Telan Macam Ubat-Ubat Lain ?


Cara makan ubat homeopati agak berlainan dengan cara makan ubat biasa ( allopati) atau makan ubat-ubat herba lain atas sebab-sebab berikut:-

1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)

2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis

3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.

4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.

Kenapa Ubat Tidak Boleh Di Pegang ?

Ubat Homeopati tidak digalakan dipegang dengan tangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kebersihan ubat tersebut, kerana bahan aktif ubta homeopati begitu halus dan dynamik. Jika dipengang ubat-ubat tersebut dikhuatiri akan tercemar atau kontiminasi, sekali gus akan menghilangkan kuasa penyembuhan pada ubat tersebut.

Bolehkan Ubat Homeopati Di makan Bersama Ubat Hospital ?

Boleh, tetapi kenalah jarakkan satu hingga dua jam, sebelum atau selepas makan ubat lain. Tetapi sebaiknya makan ubat homeopati terlebih dahulu.

Bila Makan Ubat Homeopati, Penyakit Lagi Keluar, betul tak ?

Tidak benar. Biasanya bila ubat yang diberikan itu tepat, penyakit akan beransur-ansur sembuh. Tetapi dalam sesetangah kes , 1atau 2 kes dalam 100 kes, terdapat juga, gejala penyakit akan bertambah, ini mungkin disebabkan tindak-balas ubat homeopati terhadap individu tersebut masih belum menemui keserasian. Jika ini berlaku, jangan panik, bagi tahu doktor dan mereka akan bagi ubat homeopati yang lebih serasi lagi.

Apakah ubat Homeopati mengandungi steroid ?

Tidak ada satu ubat homeopati yang mengandungi steroid atau dadah. Semua 100 % ubat homeopati adalah berasal dari alam semulajadi seperti herba, bunga-bungaan, dedaunan dan sebagainya.

Ubat Homeopati Baik Untuk Wanita ?

Ya, ubat-ubat homeopati memang sesuai untuk penyakit wanita, kanak-kanak dan juga lelaki.

Apakah kebaikan ubat Homeopati

Homeopati sesuai untuk merawat: Senggugut, Haid tidak teratur, selalu keguguran, haid berpanjangan, mandul, gastrik, gout, rheumatism, stroke, parkinson, resdung, migrin dan sebagainya.

Kebaikan Untuk Kanak-Kanak


Rawatan angin pasang ( hernia atau sarat), lambat bercakap, lambat boleh berjalan, cergas minda, deman kuning, asma kanak-kanak, selalu menagis malam, kembung, tambah selera makan, dll.

Apakah Akupunktur itu sama dengan Homeopati ?

Tidak. Akupunktur adalah perubatan China yang digunakan sebagai rawatan pelengkap atau alternatif kepada homeopati dan lain-lain perubatan. Akupunktur amat baik digunakan untuk menghilangkan kesakitan tanpa ubat. 'Pain Relief Without Drugs' Amat baik untuk penyakit strok, migrin, sakit pinggang, darah tinggi, kencing manis, tersalah urat, sakit urat saraf, dll.

info dari: 
http://aku122.blogspot.com/2009/01/kenapa-ubat-homeopathy-di-gigit-atau.html



Viewing all 149 articles
Browse latest View live